pembaca number ke- :)

Kebodohan manusia

As you all can read the title which is agak kasar sedikit. Ramai yang mungkin tertanya tanya kenapa dan mengapa saya post title sedemikian rupa? Ramai rakan saya kenali tidak kira dekat mahupun jauh, segolongan kecil mereka ini me'label'kan saya sebagai anak 'OK' ataupun lebih diketahui ramai sebagai Orang Kaya. Sebagai hamba Allah, saya merasakan rezeki itu datang daripada Ar-Rahman. Dimana Allah sendiri yang memberikan kesenangan itu apabila hamba-Nya berusaha. Tidak kira usaha yang kecil mahupun usaha yang besar. Untuk pengetahuan semua, walaupun ayah saya ini kerjanya boleh mendatangkan rezeki yang Alhamdulillah, tetapi kami tidak dibesarkan dengan secara kesenangan. Kami setiap seorang tidak diberikan kesenangan. Ramai anak orang yang kurang senang juga hidup macam kami. Contohnya seperti : kalau nak apa apa, kumpul sendiri duit. Daripada kecil, gadget gadget yang moden kami tidak pernah dapat. Bagaimana saya boleh pakai Blackberry dan laptop ini? KUMPUL BRO, KUMPUL! Pada mulanya kami bingung dan tidak faham sama sekali kenapa hidup kami begini, dan akhirnya kami faham. Sesetengah manusia yang diberikan kesenangan, ada yang timbul rasa bongkak dan angkuh. Dan kami mengerti bahawa Ar-Rahim itu maha adil. Hari makin hari kami makin faham apa itu bersyukur. Rakyat rakyat Islam diluar negara sana tidak senang untuk mendapat sebutir beras. Kalau ditenungkan kembali, SAYA MUNGKIN TIDAK ADA PERALATAN MODERN, SAYA MUNGKIN TIDAK MEMPUNYAI WANG SAKU YANG BANYAK TIAP TIAP HARI. Tetapi saya ada ayah yang memahami, dialah yang membentuk saya menjadi seorang yang lebih matang untuk hari ini dan kemudian hari. Oleh itu saya ingin mengucapkan, Thank you daddy. Sekian. p/s: saya tak suka dilabel sebagai orang senang dan diagung - agungkan oleh manusia2 yang kurang matang ini.

No comments: